Kelas STEM Agent Girls4Tech

31 Ogos 2023 | Aktiviti Terkini

30 Ogos 2023 – Pada jam 5.00 hingga 6.00 petang, satu sesi kelas yang bertajuk STEM Agent Girls4Tech telah diadakan. Kelas dihadiri oleh seramai 2 orang peserta dan diajar oleh Pengurus PEDi Linggi iaitu Puan Norhapidah Mokhtar.

Melalui kelas ini peserta diterangkan mengenai STEM secara dalam talian agar mereka lebih faham apa itu STEM? Melalui aplikasi STEM Girls4Tech, terdapat misi teknologi yang mengajak peserta bermain dan belajar mengenai STEM. Aplikasi ini boleh didapati di pautan https://sites.google.com/moe-dl.edu.my/girls4tech-malaysia

Antara misi-misi tersebut ialah :

Misi 1 : Kriptologi
Misi 2 : Pengesanan
Misi 3: Semua Perkara Digital
Misi 4: Data Raya
Misi 5: A.I. untuk Kebaikan Sosial

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali